Rasenye bln 3 ni ramai yang naik pelamin..tgk kad undangan kat rumah pn byk...aduh hadiah utk kwn2 nak kawin pn x beli ape pn lagi.. duk belek2 kad kawin teringat kat kite yg da kawin ni....so rase ade la beberapa TIPS nak share dan untuk aku sendiri dalam menjalani hidup berumah tangga..sebagai ingatan dan nasihat kepada yang nak kahwin pn bole..
- KEPERCAYAAN-ni paling penting dalam membina sesebuah hubungan.Sebagai pasangan, percaya la kepada si dia dalam ape jua situasi..kepercayaan ni penting untuk mengukuhkan hubungan untuk satu jangka masa panjang..
- KETELUSAN-Kita mengharapkan pasangan kita supaya jujur dan berterus terang dalam setiap hal..'kemana dia pergi? 'Dia kuar ngan sapa? Nape x balik lagi? Soalan2 ni akan sentiasa berlegar kepada kita seolah meragui ketelusan dan kejujurannya..so pastikan kita juga telus dalam setiap hal..Perkahwinan x bataskan kita untuk ke mana..dengan siapa kita kuar..kuar makan ngan saapa...betul x?
- AMANAH-Ingatla..saat dia menjabat tangan tok kadi tu...bermula satu amanah yang sangat berat untuk kita pegang sebagai suami isteri..So Amanah dalam menjaga aibnya, amanah la menjaga kebahagian dia..amanah menjaga zuriat kita.. dan Amanah la kita sebagai isteri yang diberkati...
- KEIKHLASAN-Sejak termetrai nya sebuah ikatan, ikhlaskan hati menerima dia seadanya..maybe ramai yang terkena masa bercinta...ye la time bercinta semua indah bagai dikata..bulan ..bintang jadi saksi...dia la segala-galanya tapi bila da kahwin banyak la terkantoi..saat tu ape nak buat?redha dan buka hati ini menerima cinta iaitu iklas yang penuh kusyukk...heee
- PENGHARGAAN-ni penting..sepatutnya di awal perkahwinan ada sesuatu yang mengikat kite contohnya tentang nafkah, hadiah atau lain-lain.ramai pasangan yang baru yg terlupa benda-benda ni..tapi kalo kita da set up dari awal-awal maka xde pergaduhan yang berlaku..apabila pasangan memberi nafkah atau hadiah..ataupun dia menolong menyelesaikan kerja rumah..bagi la satu penghargaan yang tinggi padanya..rase bentuk-bentuk penghargaan tu x perlu dijelaskan disini kut..hee semua da expert..
- OBSES-ni pun penting..bkn nak mengajar supaya kita tidak taat padanya..tetapi belajar la untuk tidak terlalu obses pada pasangan...sebaliknya dalam rumahtangga dalam dunia moden dimana isteri pun bekerja..so bila da balik kerja dia mintak buat itu buat ini..belajar untuk menolaknya secara berhemah..bkn ape kite sendiri terkejar-kejar..nak uruskan diri lagi..nak uruskan anak-anak lagi...nak masak lagi..pasangan bkn raja tetapi ajarla dia biar membuat kerja bersama-sama..kita masak dia uruskan anak-anak...kan indah perkahwinan tu...betul x?Obses sebagai isteri tu perlu tp obses pada pasangan jgn terlampau ok..
- PERSEFAHAMAN-kadang-kadang pelik bila tengok pasangan yang bercerai sedangkan sudah berkahwin sudah bertahun-tahun..katanya tiada persefahaman...kalau da biasa amalkan tip2 kat atas insyaAllah persefahaman tu boleh wujud..setakat tersilap sedikit ikhlas kan hati..amanah pada tanggungajwab bagi penghargaan sebaiknya...haaa...pasti tiada gelora dan dilambung badai....
Tip- tip ni adalah dari pengalaman saya sendiri sebagai seorang isteri dan ibu. InsyaAllah dengan adanya tip-tip tu bole membentuk suatu hubungan berkekalan.. kadang-kadang kita alpa dan leka..tapi kite perlu ingat... tanam dalam diri kita bahawa kita SAYANG pada dia..dan amalkan doa dalam setiap solat agar kerukunan rumah tangga berkekalan selalu.....saya juga menginginkan perkahwinan yang berkekalan...AMIN