Rabu, 21 November 2012

Bila virus ke hidung...


Fakta Mengenai Selsema
Selsema – 
Punca Hidung Tersumbat | Kesukaran bernafas akibat hidung tersumbat antara gangguan paling lazim pada kanak-kanak dan orang dewasa. Ia bukan saja menyebabkan ketidakselesaan, malah pernafasan menjadi lebih pendek kerana perlu bernafas melalui mulut. Walaupun masalah hidung tersumbat atau selsema adalah perkara biasa, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian jika berlaku pada bayi yang boleh alami kesukaran untuk bernafas atau menyusu.Segera dapatkan nasihat doktor kerana bayi yang baru berusia beberapa bulan belum pandai bernafas melalui mulut.


Hidung tersumbat berlaku apabila tisu dan saluran darah dalam hidung membengkak dan mengandungi banyak cecair atau jika membran hidung terlalu kecil.
Punca Hidung Tersumbat

* Jangkitan – Secara purata, setiap individu dewasa mendapat 2 hingga 4 kali selsema dalam setahun akibat jangkitan virus. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian biasanya lebih kerap mendapat selsema kerana daya ketahanan badan mereka masih lemah. Virus selsema biasanya menjangkiti melalui sentuhan tangan ke hidung.

* Alahan – Biasanya ia merujuk kepada alahan rinitis.Perkataan 'rinitis' bermakna keradangan pada hidung dan membran hidung. Ada banyak alergen (agen yang menjadi perangsang alahan) seperti habuk, debunga, bulu haiwan peliharaan atau sel kulit serangga yang mati. Justeru, setiap individu yang ada masalah alahan perlu tahu bahan mendatangkan masalah kepada mereka.
Langkah untuk mengurangkan gejala hidung tersumbat :

* Tutup sebelah lubang hidung dengan menekannya menggunakan ibu jari. Hembus nafas perlahan-lahan. Ulang teknik ini untuk sebelah lagi sehingga anda boleh bernafas dengan lebih selesa.

* Semburan hidung secara umumnya selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Jika tidak pasti, rujuk doktor terlebih dulu sebelum menggunakan sebarang produk.

* Minum banyak air, terutama sepanjang siang.

* Masalah hidung tersumbat biasanya lebih teruk apabila anda baring. Justeru, tinggikan sedikit kepala anda ketika tidur. Kaedah ini sangat berkesan pada kanak-kanak.

* Anda boleh menggunakan pelekat pada hidung yang dijual di farmasi. Walaupun pelekat hidung ini direka untuk mengatasi masalah berdengkur, ia juga boleh digunakan untuk masalah hidung tersumbat kerana membantu meluaskan rongga hidung yang membuatkan pernafasan lebih lancar. Dari sumber ini dan ini......

pst : da masuk 3 hari kene virus selsema ni....kalo uols diserang virus selsema ni, ada x rase nak makan yg pelik2....jgn tafsir ape2 ye...xde kene mengena pon...aku kan sejak kena selsema ni rase nak makan sup, tomyam or makanan2 panas...sedap tuh...hilang satu nikmat yg diberi pinjam sementara waktu...mentang2 kene virus ni terus masuk entri berkaitan ye..

..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

12 ulasan:

  1. Mmg x suka kena selesema ni!

    BalasPadam
  2. sy ada resdung , jd tak selesa. kene wat terapi al jabbar baru ok :D

    BalasPadam
  3. itule yg berlaku kat akak smalam.. tp kuatkan juga diri buat keja.. mlm terus lepak tdo ngan yaya...

    tq dtg blog akak tp sori lama x mampu nak kunjung smula

    BalasPadam
  4. ciksu kalau selsema satu je tak tahan takut hidung berdarah..

    thanks share info ni ;D
    take care,jgn lupe mkn ubat..

    BalasPadam
  5. selsema ni kalau dh kene nak buat keje pun susah.. air idung duk mengalir je.. hihi

    BalasPadam
  6. as salam

    hdung akak sentiasa x selesa..tp alhamdulillah still boleh bernafas:)

    BalasPadam
  7. alhamdulillah jarang kena selsema...good info...

    BalasPadam
  8. lya biasa gak gna pelekat hidung tu..so far, ok la.. cma nk sembuh spnuhnyer xdela.. ubt gak y kna telan.. tp xthn ngantuk la..

    moga awk cpt smbuh ye..
    tq for sharing info

    BalasPadam

Thanks to all sudi bace semua citer TOH..Sudi-sudi tinggalkan komen anda walau 1 jejak...LUV IT