Tuhanku,
Tidak kusangka peritnya seorang ibu.
Dari awal kehamilannya diiringi pening dan muntah.
Kemudian melalui pula azabnya melahirkan.
Seluruh urat terasa disiat-siat dengan belati tajam.
Seluruh tenaga yang lemah seorang wanita dikerah diperah.
Hatta nyawanya menjadi taruhan.
Semata-mata untuk melahirkan.
Seorang lagi khalifah di bumi-Mu ini.
Apakah pengorbananku ini mendapat perhatian daripada-Mu ini.
Semuanya berlaku dengan kehendak-Mu...
Engkau yang menghidupkan benih yang bercantum di dalam rahimku.
Kemudian Engkau campakkan perasaan kasih yang menggunung dalam jiwaku
Membuatkan daku tabah mengharungi kesukaran untuk menjadi ibu.
Apakah tempatku di sisi-Mu...Wahai Allah.
Sumber dari Lubuk hati Ibu Karya Norhafizah Musa dan Wan Nor Ainon Wan Abdullah
karya di atas utk renungan aku agar tersedar segera...huuu...
Aduyai..kerana marahkan anak sulung aku pepagi td...melambatkan diri utk g school..lantas mencubitnya sehingga dia menangis...dgn mood aku x bape nk hokey..aku membebel pdnya yg xtau ape...Sorry dear...kdg2 aku mcm bdk kecik bile x leh kontrol emosi....