Khamis, 27 September 2012

1001 FALSAFAH YANG PERLU DIUNGKAP PADA SEKUNTUM BUNGA


BUNGA MAWAR
Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej ‘Aku cinta padamu’ atau jambangan Carnation yang memberi erti ‘moga cepat sihat’.
Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri.

Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang
berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh
pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros
merah saja.aduhai.kesiannya!!! Jadi marilah kita pada kesempatan ini
menilai ataupun menkajinya sendiri secara semulajadi.

Erti Ros

Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh
orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai
jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu
dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih
cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej
dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai
bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar
penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh
setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai
dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.
FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA:
ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.
BUNGA CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah
dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih
menimpa diri seseorang.
BUNGA CAMELIA
Ia dapat ‘memanggil’ semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan
selamanya.
BUNGA KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.
BUNGA DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu
perkara.
BUNGA IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang
dialami itu.
BUNGA JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.
BUNGA ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.
ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.
BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan
seperti yang sepatutnya.
BUNGA TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.
BUNGA IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.
BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.
KOD WARNA BUNGA
Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang
atau ingin dilakukan.

Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk

melakukan apa saja yang diinginkan.
Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.
Putih: Semangat mementingkan kebenaran.
Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!

MAKSUD TERSIRAT
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka.
Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya:
KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginan
akan diperolehi tak lama lagi.

BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu

tak lama lagi. Tunggu je la!

BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi

beberapa cabaran dalam hidup.

pst: x sempat nk citer2 pon..ade program pepagi td..nak jenjalan pon x sempat..tp terjumpa ini..cam best utk dikongsi bersama...terjumpa dari sumber ini.petang karang i jenjalan umah uols k...

..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

4 ulasan:

  1. Kak Nurul pun suka bunga,semua bunga sukalah x kira bunga apa semuanya cantik.

    BalasPadam
  2. x kisah bunga apapown tapi KA paling suka bunga orkid hehehe

    BalasPadam
  3. dapat bunga time konvo je.. hehehehe..

    BalasPadam

Thanks to all sudi bace semua citer TOH..Sudi-sudi tinggalkan komen anda walau 1 jejak...LUV IT