Isnin, 24 Jun 2013

oh nisfu syaaban!!

Assalamualaikum.....
camat pagi semua...
masih berjerebu  erk kat mane2....take care semua...

mlm tadi malam nisfu syaaban kan...teringat plak kisah semalam..dalam duk bekerja, tokma Wina mintak belikan kuih bakar/akok/penganan, katenye malam se'pu(orang pakat bawak kuih n ke masjid)..aku pergi la mencari...bile sampai je, "kuih bakar da habis dik"...'oh, sy book la, petang amik'....x bole janji dik, ramai sangat tempah..ni pon penganan pon da org book...'haiyyaa, kuat gak penangan malam nisfu syaaban ni kan..'lalu aku kol cikde anak tokma suh dia carik tempat lain, x sampai satu jam, dlm jam 3 ptg dia kol aku balik, semua kuih da habis,,,wahhhh, hebatnye!! then x lama cikde kol lagi..'ade x jual pau segera, or jenis segera lain? ops masa tu aku x terpikir ade satu kedai yg jual kuih2 segera kat sini..lalu aku jawab xde...tibe2 aku usulkan padanya..kan mokde depan buat karipap, beli je la...cikde jawab, xmau karipap pasal cikngah jiran sebelah da bawak karipap..x nak kuih sama...aish sampai cam tu sekali kan...then sblum balik sy kol cikde plak, 'camni la bi, kalo xde kuih sangat, aku beli barang kita wat popia, nak? tp jawab cikde ' x payah la, ma da beli lemang, itu pun sama dengan mokteh jiran tepi rumah..terpaksa la, xde pilihan da..tamat citer tu di sini..sy pon pulang..da sampai kampung tengok ade kematian, tengok ramai orang depan rumah, berkupiah.. hurm...syaaban, kematian dan ramadhan...

bukan nak citer sangat bab kuih tu, tapi semangat mereka yang ke masjid, sepatutnya dicontohi oleh aku dan belia lain kan...Alhamdulilah, kat kg aku ni masih meriah n bermakna malam nisfu ni ye.start mlm tadi hingga bulan ramadhan, aktiviti masjid akan kembali meriah kan....harap kat tempat lain pon sama...semoga semua amalan kita semua diterima, amin.!!

amik dari  sini..

"Barangsiapa menghendaki ganjaran / pahala akhirat, maka Kami tambahkan pahala kepadanya dan barangsiapa menghendaki pahala / balasan di dunia maka akan Kami beri bahagiannya di dunia akan tetapi jika tidak mendapat bahagian di akhirat kelak." Surah Asy Syuura ayat 19-20.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu seperti keutamaan saya di atas semua nabi dan keutamaan bulan Ramadan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah di atas semua hamba-Nya." Al Hadis ini disahihkan dari beberapa riwayat hadis.
Sebagaimana firman Allah SWT : "Dan Dia Allah memilih, tidak ada hak mereka untuk memilih." Kerana Nabi Muhammad SAW mengerjakan puasa di bulan Syaaban sepenuhnya (sebulan penuh) dan baginda bersabda, maksudnya : "Allah telah menerima semua amalan para hamba di bulan ini (bulan Syaaban)." Al Hadis disahihkan oleh sementara periwayat hadis.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan bulan Syaaban ?" Mereka menjawab Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Nabi bersabda : "Kerana di dalam bulan itu banyak macam-macam kebaikan ,yang banyak sekali." Al Hadis Kitab.
Raudhotul Ulamak.
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !"
Kata saya (Nabi Muhammad) : "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Kitab Zubdatul Wa'idzin.
Dari Yahya bin Muaz bahawa di berkata :"Sesungguhnya di dalam kata Syaaban itu mengandungi lima huruf yang masing-masing huruf merupakan huruf singkatan kurnia kepada orang-orang beriman. 'Syin' ringkasan kata 'Syarofun wa Syafaatun' ertinya kemuliaan dan pertolongan. 'Ain' ringkasan kata 'Al Izzatu wal Karomah' ertinya keagungan dan kemuliaan. 'Bak' ringkasan kata 'Albirru' ertinya kebaikan / kebagusan. 'Alifun' ringkasan kata 'Ulfatun' ertinya rasa kasih sayang dan 'Nunun' ringkasan kata 'Nurun' ertinya cahaya." Kitab Zubdatul Wa'idzin.
Dari Siti Aisyah berkata : Semula Saya tidur bersama Nabi Muhammad SAW maka saya terbangun, saya tidak mendapatkan nabi, lalu saya menjadi bimbang dan saya mengira Beliau pergi ke salah satu isterinya di saat giliran saya. Lalu saya pun mencari beliau di rumah-rumah mereka dan ternyata tidak jumpa / tidak ada.
Kemudian saya pergi ke rumah Fatimah ra, lalu saya ketuk pintunya, maka teguran dari dalam rumah tersebut : "Siapakah yang ketuk pintu ? " Jawab saya : "Saya , Aisyah. Saya datang ke mari di saat ini untuk mencari Nabi Muhammad SAW."
Maka keluarlah Ali,Hasan,Husain dan Fatimah ra. Kata saya : "Di mana kita mencari Nabi Muhammad SAW ? "Mereka menjawab : " Mari kita cari Beliau di masjid." Kami pun semua mencari Beliau tetapi tidak menjumpai. Kata Ali ra " Mungkin Nabi pergi ke Bagi'il Ghorgqodi ( nama tempat yang di sana banyak pohon yang indah ). Maka kami semua pergi ke tempat tersebut dan pada saat itu ada sinar yang memancar ke atas dari tempat tersebut.
Kata Ali ra: " Cahaya tersebut tidak lain merupakan cahaya Nabi Muhammad SAW. Kami pun mendekatinya dan kami temui Nabi tersebut dalam keadaan sujud sambil menangis, yang tidak seorang pun yang merasakan apa yang Beliau rasakan. Dan beliau tunduk dengan tekunnya sambil mengucapkan dalam sujudnya : "Apabila Engkau menyiksa mereka, sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hambaMu dan apabila Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana."
Ketika Fatimah mengetahui Beliau, maka dia berhenti dekat kepalanya serta mengangkat wajah Beliau dari tanah dan berkata : " Wahai ayah, apa gerangan yang menimpa engkau, apa ada musuh datang ataukah ada wahyu turun ?"
Nabi Muhammad SAW menjawab : "Ya Fatimah, tidak ada musuh yang datang dan tidak ada wahyu yang turun akan tetapi malam ini adalah malam BARO'AH (malam Nisfu Syaaban) saya memohon kepada Allah."
Dan baginda berkata pula: "Ya, Aisyah, kalau sekiranya hari Kiamat telah datang, maka saya sedang sujud dan saya mohon pertolongan kepada Allah."
Kemudian Rasulullah SAW berkata : "Apabila kamu sekalian menginginkan keredhaan maka sujudlah kamu sekalian dan tolonglah aku dengan doa dan merendah diri kepada Allah." Nabi bersabda kepada Ali ra : "Ya Ali sujudlah engkau carilah orang lain. Ya Fatimah wa Ya Aisyah sujudlah kamu berdua dan ajaklah anak-anakmu dan wanita-wanita lain." Maka mereka pun sujud dan menangis sampai fajar subuh.
Hai kaum Muslimin dan Muslimat, kamu sekalian lebih berhak untuk bertekun dan tunduk merendah diri. Kerana kita adalah manusia yang banyak dosa. Sesungguhnya Rasulullah dan keluarganya sujud dan menangisi adalah untuk kita (umatnya) Kitab Raudhotul Ulamak.
Inilah doa yang dibaca pada malam NISFU SYAABAN :
"Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, Engkau catat di dalam buku catatan celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis."






..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Ahad, 23 Jun 2013

Aktiviti setelah selesai Exam...

Assalamualaikum.....
Ape kabor semua...?harap semua sehat dan gumbira...macam aku ni erk..>> Alhamdulilah hari jumaat baru 21/6/13 ade last paperku....bile aku kuar je melangkah dari dewan exam ghasenye ringan sedikit beban yg sarat...yerlah kat kepala ni banyak yg problem yg berserabut....kuar je dewan...tenang skit fikiranku...lepas da sembang ngan coursemate aku..aku balik le..baru teringat prut x diisi lagi sejak jam 8 pagi tadi..ni da 11.20 pagi..nasib sampai rumah chef bonda da siapkan nasi minyak gulai ayam kampung...cam raikan aku plak...heheee, lepas da kenyang, baru carik anak2...baik x mama nih?? tu pun sekejap je layan depa...aku ke bilik.....di sini aktiviti bermula...oopss sebelum tu, aku duk setelkan kain baju yang da berlipat tu 3 bakul beb..thanks mak...pakaian kotor kat bilik  bakul 1 bakul...macam kapal pecah bilik aku tau...yg aku ingat, lepas exam setel..lepas exam setel...haaa...then...

ni aktiviti nye....jgn uols tanye nape aku duk pack ni bagai...yerlah, kan rumah tunggu masa je nak siap, alasan yg x leh pakai, bulan pose nnti letih nak pack semua,,..aktiviti ni paling syok buat...
nasib anak buah tolong..aku just pilih2 mane nak masuk..ni 1st kotak, semua buku dan novel da siap pack..
x sabar nak pindah yer!!! yeay..pindah!!!

ni plak antara novel yg blom aku bace...di asingkan dari kotak dgn alasan nak baca..tanye skit?..ade ke masa nak membaca lagi..kan nnti banyak lagi barang yang nak pack..yerla, tetiba ade mood nak bace kan..sape tau kan!!!...

ni le aktiviti selepas exam yg aku buat...pack buat semua novel dan  siap label lagi..kan senang susun kat rumah baru nnti...lepas pack nove ni siap..aku beralih ke semua buku2 study...da siap susun n asingkan..tunggu nak masuk bilik la...hihii...Alhamdulilah, da tamat tahun 3 ni...cume rest bape bulan sblm melangkah ke final year....result blom tau..camner...bab result yg lemah tu...tapi padan la usaha x semengah tu,...Doakan kejayaan ku yer,,,!




..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Khamis, 13 Jun 2013

Progress teratak epi..7

Assalamualaikum......
ape kabor semuaa.....harap uols sihat semua yer....exam aku da setel lagi satu paper hari Isnin...dan skrg tinggal 3 paper je lagi...x sabo nak perabih kan semua paper..seperti yg dijanji ramai menunggu aku hapdate bab teratak aku....ceh macam buat rumah beso pon...tp tetap nak masuk sbg kenangan...
26/04/2013....
tengok bape lame aku biarkan rumah terbiar tanpa story kat blog...
sampai stage ni..semua tukang rumah dan blah dr rumah..
kerja2 kasar da siap kan!!dari depan rumah..post wajib ade,,

post dari belakang..tetap ado....
ramai tertanye aku sempat wat raya x rumah ni..
ceh!! rumah pon ade hari nak raya....kan!!
Now....progress terbaru,,,
>
>
>
>
>
tengok bilik air la dulu ye...
x sempat nak update yg len...den kejor mase nih....!!!
bilik air my doters....i likeeee...
tone hijau putih...xde maksud pape erk!!!
tunggu pasang paip, tandas, je lagi kan!

tiles bilik air ketiga...
sweet jugak kan..tone silver putih...

tiles bilik air di bilik aku...
msih x siap2 coz kehabisan tiles...
kaler agak suram...terima je la,,
my living room...ceiling kapur, tiles done..frame utk sliding jugak...done..
nampak wina da bole berlari tempat ni,...heee
proses tanam tangki najis jugak done sepenuhnya,,
semalam jugak lubang da siap laster....da xde lubang2 tu...

hurm...setakat ni dulu aku story ye..harap2 yg menunggu entri  ni puas hati walau pic dapor aku x sentuh langsung erk...oh ye progress dapur nnti aku buat satu entri ok...pompuan dan dapor memang  x dapat dipisahkan...betul x?tungguuuu!!!aku masih mengejar waktu nak siapkan tugasan.... ok uols..aku da nak gerak...klien menunggu..aku nak habiskan kerja kat luar....jumpa lagi uols....


..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Isnin, 10 Jun 2013

Membeli keperluan rumah..!!

Assalamualaikumm.....
anneosayo...selamat siang semua...da lama nak hapdet citer ni tp disebabkan kekangan masa..aku pendam je..tapi  duk tgk pic ni ade kat desktop ni wat entri je la...dua minggu lepas sblm exam..aku ke sini, AIK HOE, One stop home centre di Kuala Terengganu...membeli keperluan teratak ku yang belom siap lagi tu...ekceli barang2 yg nak dibeli tu...kontraktor da kasi..but both of us nak yang lebih baik n cun la...so kami pergi pilih n beli sendiri la..nnti tolak rege dlam kontrak ye tokey....heee
antara yang dicari..kepala paip sinki..kalo jenis aku ni nak yg simple dan murah...but en somi aku...biar kepala paip ni mahal tapi tahan lasak..katenye bukan nak pakai setahun dua...nak pakai lama...nah sekali amik yg rege rm200++...byk pilihan kan..

ni pon jadi pilihan jugakk...tapi blom beli lagi..nak memilih pon jadi rambang mata..kebanyakan tandas ni da package ngan sinki...harga memang murah le...psl ade sale..

ni jugak yg jadi pilihan utama kami hari tu...nampak sinki yang kami pilih...yg depan sekali..sinki jenis terbaru, siap ade papan pemotong, ade tempat letak sabun tertutup n rak...nampak? rege nya RM888...huuu boleh tahan...

ni juga yg jadi pilihan...dapur..penting utk aku la kan..masak ke x blom tentu!!...ni pon package dengan hood sekali...so aku rembat ni...rubine cooker hood rch Rosemary sekali ngan rubine cooker hob RM2488..ni rege lepas less da..dapat free sebijik dapur elektrik..rege, mak aih...

ni plak pelbagai jenis tiles yg terdapat kat kedai tu..jamu mata je...tiles derang da kasi

ni plak pelbagai jenis pilihan sinki..aku pon rembat 3 set sinki...ade yg rm168, ade yg rm368.

aik..tetiba kakak dapat kawan..so agak senang ari tu coz dua2 anak x buat perangai....bole le memilih lelama kat situ...

ni broucher megasale yg ade kat kedai tu...kebetulan kan..time aku memerlukan barang2 ni..ade sale n rege pon boleh tahan la...hurm kat kola tganu ni x byk kedai yg jual full aksesori mcam AIK HOE..x macam bandar besar macam KL, Penang, JB...so kalo ade pon kedai yg jual satu2 barang...bile aik hoe ni ade senang citer pergi satu kedai n semua ade utk keperluan rumah...

masa buat pembelian ni..ade saleperson incharge tu mintak kite pilih brang2 kat atas tu..ghupenye sale yg depa buat..derang buat bonus atas pembelian...cash n carry...ikut jumlah bil yg dibeli kite layak memiliki barang2 kat atas tu dgn syarat bayaran 99 sen...so x mau erk...so bile tgk bil aku da rm6k lebih aku layak mendapat satu oven panasonic n satu set cawan but...aku cukup tergoda dgn panasonic vacuum tu..tp syaratnye bil aku smestinya berjumlah 7k...bil2 tu boleh dikumpul dan ditotal sehingga 30 Jun 2013..and semalam en somi ajak ke sini lagi utk membeli pintu tandas utk 3 bilik air...agak2 ade can x dapat hadiah yg aku nak tu...? kalo nak peti sejuk panasonic tu belian harus mencecah 40k....huuuu...tengok je la yg aku termampu...hiii, lepas tu kami balik...ade mase nnt aku hapdet psl teratak ku ye...da lame x masuk pic teratak kat sini..bye uols..


..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Ahad, 9 Jun 2013

susah jugak kalo x hapdet kan!!

Assalamualaikum....
ape khabar semua....minggu lepas aku berperang ngan final exam...n minggu lepas 1 week aku x masuk opis..yerlah date exam selang sehari..so balance 2 hari aku cuti..kunun nk study...tp xde makna nye psl aku busy ngan urusan teratak yg x siap lagi...

so ari ni aku da jengah opis kembali...exam masih berbaki 4 paper lagi...minggu ni terpaksa masuk kerja la psl nak setelkan kerja yg berlambak tu...Alhamdulilah pelan-pelan kayuh siap gak nanti kan..!!

but...bile lama x hapdet ade gak insan tertanye2 kemana geranganku...ceh budget femes erk..yerlah yg bertanya plak silent readers a.k.a kawan2 kolej aku..huuu, padahal da cakap exam..exam...nape x hapdet blog...tanye lagi..hehehee..so susah gak bile x hapdet belog kan..>!!!

ups...lagi satu..last week, lagi seorang temanku a.k.a bff ku telah selamat melahirkan baby boy pade 5 jun...da sepasang dia dapat..tahniah buat k.yana n Mr edi...hope dgn kehadiran baby boy bertambah le kebahagian uols...nnti after exam..aunty gi tengok you ye yunk!!
gambar aku cilok fb Mr edi...macam muka kakaknye jugak..

lagi...hurmm...hutang2 ngan uols masih x terbayar lagi ari ni...ehem...mane yg sempat kite singgah kite singgah ye,,, jangan marah ye,,,!!

itu aje citer ari ni....jumpe lagi uols...
..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..