Sabtu, 14 Julai 2012

7 Hari Mencintaiku

Assalamualaikum...annesayo..edisi menobel ari nih...buku ni ramai blogger da post kat entri msg2..tp aku pon teruja nak post..maklum le beli nobel ni ms pesta buku kat KL ari tu..buku ni mmg tebal le..yerla da 1050 halaman...tp bile kegilaan menobel (salah tatabahasa..kalo cikgu BM cek..mampuih aku..abaikan) dtg...maka aku berjaya menghabiskan nobel dlm mase 1 hari...fuyoo...bace laks ari cuti..(jumaat lepas)..suami xde..(kalo dia ade mane blh fokus buku ni je)hahahaa..start dari pagi dlm kul 10pagi...abih 1.30 pagi sabtu....hahahhaa..amacam..?ade org nak challenge x?

SINOPSIS



Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!” 

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….” 

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita? 

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. 


Psst:  kali ni agak segar skit sentuhan Siti Rosmizah..part bhgn akhir..mcm main tarik tali gak....by the way aku  bole kasi 8 markah dr 10...jalan citer menarik...yg da bace citer bole share markah korunk yer..

..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

7 ulasan:

  1. wah ini mmg minat baca novel sungguh ni.. ape?? sehari pun boleh habiskan.. hehehe.. ayu ni kalau dulu mungkin boleh, tp bila dh kawen, dah ade anak kalau bc novel tu, satu novel sampai 3 hr br hbs..

    BalasPadam
  2. anak dara sy tu suka sangat la kalau dpt nih..tapi rasa cam dh ada jer..urmm

    BalasPadam
  3. nak cari jugak...macam best je...tapi takleh lah baca dalam satu hari...tak acilah dia husband takde umah..he he he

    BalasPadam
  4. hehehe..ni mesti time makan pun mmg pegang novel tu la kan dear..hihihi

    BalasPadam
  5. gile laa...
    mmg takleh challenge ler...
    huhuhu..

    BalasPadam
  6. ala... tak sukanyer ialah ramai yang angkuh dan sombong dapat yang baik hati..

    BalasPadam
  7. lya dh baca novel ni..mmg best.. n rasa sakit hati sgt pd heroin dia.. n ada gak part sedihnyer.. tp..lg best novel andai itu takdirnya.. itulah y terbaek stakat ni..mmg baca...mgalir air mata aje

    BalasPadam

Thanks to all sudi bace semua citer TOH..Sudi-sudi tinggalkan komen anda walau 1 jejak...LUV IT