Khamis, 20 September 2012

Monolog Aku..

Pagi yang sangat indah hari ini.Mungkin hujan yang bercucuran malam tadi menyemarakkan kedinginan pagi..Tetiba rasa hati ingin berhalusinasi dengan diri sendiri. Aku cuba bermonolog dengan diri sendiri..Buat seketika waktu ini, aku bagaikan terlupa pada Sang Pencipta. Iya, di akui..sejak banyak bahagia menjelma dalam diri ini, aku agak lalai seketika, hanya menunaikan kewajipan seharian sahaja..
Walhal dulu, banyak ujian getir aku lalui sendiri..menguji dan menghantui diri..padaNya aku bersujud, 
PadaNya aku mendamba kasih, PadaNya aku menangisi kekurangan diri,
Setiap hari namaNya disebut,basah lidah menyebut kalam2Nya..PadaNya aku memohon segala kekuatan..
sehingga semua berlalu pergi..semua dugaan bagaikan kering dari diri..
Bahagia demi bahagia aku perolehi...oh manusia yang terleka...akukah itu..?
Pagi ini dalam monologku, aku mengakui kelemahan diri buat sekian kali....Ampun kan aku Tuhan...
Kealpaan yang memakan diri, masihkah punya waktu dan kesempatan untuk aku terus mensyukuri nikmatMu ya Tuhan..Lalaikah aku Ya tuhan?
Berilah aku kelapangan waktu di malam hari agar aku tidak jemu melapangkan waktu menadah tanganku..untuk bersujud padaMu Tuhan..
Ya Tuhan, berikanlah aku kesempatan untukku membasahkan lidahku menyebut kalamMu Ya Allah..
Aku redha..setiap ujian, setiap Kesakitan, setiap kelemahan adalah milikMu Tuhan....
Aku ingin menjadi manusia yang reti mensyukuri NikmatMu Tuhan...
menjadi manusia yang sentiasa bersujud PadaMu, 
Wahai diri, jauhkan kealpaan diri..jauhkan kelekaan sendiri....

ps/monolog ini ikhlas dari hatiku sendiri....

..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

8 ulasan:

  1. amboi bahasa x hengat tu

    BalasPadam
  2. tak sia2 baca novel.. ayat digunakan menariktu...
    akak memang tak pandai menulis sebabtu blog akak banyak gambar....

    BalasPadam
  3. ingatan utk diri ayu juga.. moga mendapat keredhaan-Nya..

    BalasPadam
  4. kadang kita terleka bila kita gembira
    dan kita tersedar semasa di timpa dugaan

    BalasPadam
  5. apabila rasa seperti hidayah itu muncul maka jgnlah biarkan ia berlalu pergi
    sahutlah ia, dan biarkan rasa itu selalu sebati dlm diri biar apapun yang dilalui semoga kita harus selalu redha dan sentiasa ingat yangs setiap yang kita lalui ini adalah ujian.. kehidupan ini sebenarnya ujian.. yg kaya juga ujian, yg miskin juga ujian.. sama2lah kita berubah ke arah yang lebih baik sahabat.. semoga kita sentiasa berada dalam rahmatnya.. terima kasih sahabat kerana sokongan mu selama ini

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum rieda,

    Bagus sangat kalau boleh dok peringat diri selalu macam ni kan rieda..kak Ros pun kadang2 tu terlalai jugak...semoga Allah ampunkan kita ya rieda...

    BalasPadam
  7. monolog.. kalau ajar komsas budak2 x reti nak beza monolog ingat menolong.. ampeh..

    kekadang bermonolog dengan-Nya lebih baik drpd berdialog dgn kwn yg x membantu punn...

    BalasPadam

Thanks to all sudi bace semua citer TOH..Sudi-sudi tinggalkan komen anda walau 1 jejak...LUV IT