' Alqamah pernah berpesan kepada anaknya dalam membina persahabatan. Katanya : "Wahai anakku! sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
- Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya.
- Dia ialah hiasan diri kita.
- Jika kita dalam kekurangan perbelanjaan, dia suka mencukupkan keperluan.
- Sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu.
- Jika dia melihat akan kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya), dan jika dia mengetahui mengenai keburukan dirimu, dia akan menutupinya.
- Jika engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
- Sahabat yang jika engkau berkata, dia suka membenarkan engkau dan jika engkau mencuba sesuatu pekerjaan, dia suka mengusahakannya.
- Jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu."
Islam amat menitikberatkan faktor memilih sahabat kerana mereka berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ini bererti, mereka juga mampu membentuk peribadimu. Berhati-hatilah agar sahabatmu nanti mampu membahagiakanmu dan bukan menjahanamkanmu kelak!
Seperti maksud hadis sebelum ini:"Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya.Manakala bersahabat dengan tukang besi,percikan apinya akan membakar baju kita."
Sumber: Buku Dari Lubuk Hati Ibu.
Alhamdulilah syukur..hingga ke saat ini..aku punyai teman-teman yang sangat membanggakan..Bukan kebanggaan oleh kedudukan yang dimiliki mereka..tapi bangga kerana kesucian hati dalam memetrai persahatan ini.. Thanks to Allah..kerana menghadiahkan mereka untuk ku...
harap tergolong dlm golongan itu.. =)
BalasPadamtp sy kat opis ni dilema, ade yg jenis kwn mkn kwn pun ada, kena hati2 dlm percakapan.. ;-p
re: bedak tu rm65 termasuk pos, free beauty sponge
saya suka entry ni....
BalasPadamaku yang malang kerana tidak terilih sebagai sahabatmu.. kalaulah boleh diputarkan waktu.. :(
BalasPadambukan mudah nak cari sahabat sejati dan bukan senang nak jadi sahabat terbaik
BalasPadamsahabat yang baik memang susah nak dapat fieda.. kawan ketawa ramai, kawan menangis tak ramai... :)
BalasPadambetull...tapi bukan senang nk cari sahabat yg beginikan....
BalasPadam