Jumaat, 1 Februari 2013

Gaya hidup sehat ke?

Assalamualaikum....
haaa.....!cam berat aje keluhan aku kan..last update entry 27 jan 2013...biase la bila da masuk USM ni..macam keje yg perlu settle..da citer kan..so bile btul2 free je baru blh garap idea...yg mane aku x sempat singgah rumah uols tu sorry ye..nanti pelan2 kayuh.....akan ku terjah jugak 
ok..balik pada asal citer...sepanjang life kat USM ni...memandangkan beribu-ribu student masuk sini..maka semua jalan, parking  full ngan kenderaan la...thun ni aku mmg tumpang keta kawan aku..n bile kite da dpt port baik untuk park...akan sayang kat tempat tu..ingat senang bile da kuar...orang akan rembat tau...siap ade calar kete..kalo time exam lagi teruk..jalan dalam USM ni bole jamm tu..so better berjalan le lagi cepat sampai..ke dewan kuliah, dewan exam, cafe or etc..
cewah...sempat snap pic ye...eksyen je lebih...sambil berjalan beramai-ramai kiteorang sembang2 la..at least x rase penat sangat...

orang len pon kalo nak cepat jalan kaki gak...aku and roomate mmg manfaatkan kaki sepenuhnya la...ade yg satu kelas tu hampir 1 km gak le jauh dari asrama but kami pelan2 menapak le...yg nak sedapkan hati walhal lenguh ni..'jalan ni elok tau..kurang kolestrol...and aku try gugel ade  betui ka...''

Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi.

Faedah berjalan kaki
Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:
1. Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
5. Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
6. Mengekalkan kekuatan otot.
7. Mengurangkan risiko osteoporosis
8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
9. Mampu meningkatkan keyakinan diri.


Teknik-teknik berjalan dengan betul 
Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.
1. Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
2. Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
3. Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.
4. Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.
5. Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
6. Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.
7. Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.

Cara Mudah Untuk Berjalan
Terdapat banyak cara untuk kita melakukan senaman berjalan ini. Apa yang penting ialah kita harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman itu sesuatu yang menyeronokkan.
1. Sekiranya kita tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba minimakan penggunaan lif. Sebaliknya lebihkan dengan menggunakan tangga. Sekiranya tidak mampu kita boleh menaiki lif separuh jalan sahaja dan seterusnya menggunakan tangga untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.
2. Letakkan kereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin ditujui. Sebagai contoh, jika kita ke kompleks membeli belah atau ke pejabat, kita boleh meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu masuk. Ini bergantung kepada keadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesulitan yang ketara kepada kita.
3. Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja.
4. Bagi yang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi. Ketika berada di umah pula, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsang otot untuk bergerak.
5. Maksimumkan berjalan kaki sekiranya kita ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contoh kita boleh berjalan untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jiran dan sebagainya. info dari sini

oh yeah ade manfaat gak le aku berjalan kaki ye...penat tu memang la but utk kesihatan x salah kan...yg best berat badan aku pon sudah turun skit ye....heee...




..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

14 ulasan:

  1. Berjalan denganbetul juga satu bntuk senaman. :)

    BalasPadam
  2. jalan kaki tak memerlukan petrol..jimat hihi

    BalasPadam
  3. Anak kak long kakak yg bungsu pun ada di USM tau Ffya.

    Jalan selalu bagus tapi itulah kakak ni jalan masa shopping aje tau Ffya. Kalau boleh buat macam student ke kelas mesti best kan. Belum sampai kelas dah berpeluh.

    BalasPadam
  4. wah dh further study rupenyer.. bestnyer

    BalasPadam
  5. banyak manfaat berjalan kaki nikan..
    teringat masa bergelar student dulu selalu juga berjalan kaki dgn kawan2..
    tapi sekarang asyik dalam rumah saja kumpul lemak..huhu

    BalasPadam
  6. banyak rupanya faedah berjalan kaki yer....

    BalasPadam
  7. itulah kelebihan jalan kaki..biasanya dpt melegakan urat2 yg dah lama terbeliak..bila dah sentiasa berjalan kaki nanti lama2 tubuh rasa ringan..so, mudah nak bergerak,nak buat kerja berat atau buat kerja dlm masa lama..:-)

    BalasPadam
  8. oklertu badan sihat otak cergas... elok untuk kesihatan badan dan otak... selamat berjalan kaki dengan kawan2...

    BalasPadam
  9. tq tips yg bagus ni

    BalasPadam
  10. setuju dgn entri awk ni..
    jalan kaki sbnarnya dh mjadi satu senaman.. sesuai sgt buat org y xde masa nk bjogging..skurangnyer dh blh bakar2 kalori kan

    BalasPadam
  11. jalan kaki ni mmg sihat kan...sy pn kalau asyik duduk jer,mau rasa kematu segala urat sendi ni...skurang2 nya kena jln kaki 1000langkah...betul kan...hehe...

    BalasPadam
  12. kalu jalan2 selalu cpt sket kurus..hik..hik

    BalasPadam
  13. best jalan kaki..MV parking hari2 jauh..so mmg excersice

    BalasPadam
  14. senaman juga kan.tenkiu kak berkongsi ;D
    saya kalau malas berjongging sellau ajak cik abe jlan kaki pusing2 taman pun dah cukup

    BalasPadam

Thanks to all sudi bace semua citer TOH..Sudi-sudi tinggalkan komen anda walau 1 jejak...LUV IT