Rabu, 31 Oktober 2012

Wordless Wednesday

Cer tengok meja aku ni..dari pagi tadi till now...Ape makna kalo meja kite penuh isi mak nenek atuk n family?maknanye kite banyak keje...bukan tu aje..maknanye aku gile kerje....ngeh negh..kembang kempis puji diri...so..nak jenjalan..x sempat lagi..ptg skit yer...nak kosongkan meja skit.....tadaa..
..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Selasa, 30 Oktober 2012

Jambu oh Jambu

wah......kecur air liur tengok jambu ni...
uols tau jambu ape nih?heee..
kat sini pon macam2 name orang bagi....
jambu nangka..jambu ta'wi n jambu keling....opss..
tapi buah ni kalo yg masak mmg best n manis...
tapi dalam setahun nak makan agak susah le..
ke pokok dia banyak da pupus...ngehh....
last week kat pasar minggu aku berkenan betul tengok makcik2 jual..
aku krim kat opismate...sekali beli RM5 tu ...
yg dalam gambar tu baru sikit tau...
satu opis leh makan ari tu...sedap wooo...
cicah colek,.nak2 yg pegnant dua mama kat sini...
x hengat depa makan.....
harap2 esok jumpa lagi kat pasar...mintak le ade yg masak..
..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Jual Beli..

Biarkan monitorku yang Berbicara
Diiring alunan keyboard Menari
Tercetus oleh Pelbagai rasa
Tulus nan ikhlas daripada hati..

Mata Menatap Skrin bersuara
Cetusan Lahir dikongsi Bersama
Salam Dihulur tanda Bersaudara
Moga Berkekalan buat Selamanya..

Blog picisan ini pemiliknya Aku
Hadir di maya punyai citra
Terasa bermakna ada yang bertamu
Setinggi kasih untuk semua...

Persaudaraan ini bisa diteruskan
Andai kita saling melengkapi
Api Kebencian harus dijauhkan...
Semai  kasih biar bersemi...

Jom jual beli pantun kat sini...kalo aku berpantun bagai ni..aku dalam mood ape ye....
tengok tajuk x hengat tuh..jual beli pantu rupenya.....ngeh2 betol minah nih....
menghangatkan skit mood yang tersuam dari semalam......



..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Isnin, 29 Oktober 2012

Ku Serah PadaMu


Argghh...fikiran sedikit kusut tapi x tau ape yg berlegar...
kepala sudah dua hari sakit...huhhhh....
mood juga kurennggg je..apatah lagi nak berbelog...
aku mau udara segar....
Ku Serah PadaMu Ya RABBI...istighfar bebanyak wahai diri....

Psstt...aku kuar mau cari sedikit damai..InsyaAllah petang karang ku singgah ye,..
..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Khamis, 25 Oktober 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum uols....
da nak masuk lunch hour...kebetulan di opis ade gotong royong pack barang bekalan banjir di stor untuk dihantar ke pusat pemindahan...sediakan payung sebelum hujan erk...so dapur di opis berasap le untuk semua staff yg terlibat.makan free la tgh hari ni er...so mood nak wat keje time ni da suam kuku...jalan raya, pasar, kedai di pekan ni pon telah dibanjiri manusia seawal 7 pagi tadi...sekolah pon da cuti ari ni kan...dan lagu raya juga berkumandang di radio ye...mood raya sedikit sampai...wahhh..wah..

Waktu yg tersisa beberapa jam je lagi....so di sini aku juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada belogers n  family...mohon kemaafan zahir dan batin jika ade ketelanjuran kata....semoga Aidiladha kali ini memberikan banyak keinsafan dan teladan kepada semua atas segala pengorbanan para Anbia pada suatu masa dulu..mesti ade antara yg masuk KorBan atau rebang kan tahun ni..semoga semua selamat kan..yg penting yg ade penyakit tu..take care..jgn terlebih makan daging fresh sudah...kan hospital juga tempat dicari...n kepada yang memandu nak beraya atau kemana berhati-hati ketika memandu...aku bercuti beberapa ari so belog pon cuti le...Jumpa uols next week.....tadaaaaa...
..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Zero to Hero..

Assalamualaikum...
ape khabar semua...harap semua sehat maklum le esok Aidil adha..mesti ade yg da start cuti erk..
aku masih di opis bersama kawan2 yang len..bekerja
kebetulan drive dr rumah ke opis tadi duk melayan suria fm..
dengar topik pagi 'zero to hero'....or 'nothing to somebody'
Bila DJ Nabil bagi contoh diri dia sendiri dari seorang despacth then boleh jd retis cam skrg.sudah terkenal..
contoh len..cam artis realiti tv yg tetiba cipta nama...success..

teringat kat diri sendiri kan...
aku percaya semua orang alaminya...even x jadi orang ternama or celebriti or yg femes...but...
olahan dari sendiri..dgn kemampuan berdiri di tahap ini...
mampu menaip keyboard ini..
bukan ke dari zero to hero gak kan...
masing2 mengalami dengan cara sendiri...ada diantara yg berada di zon selesa...pasti dari hasil usaha diri untuk menjadi hero dari sesuatu yang kosong kan..
Alhamdulilah aku juga bermula dari kosong...dari xtau ape2 sehingga kini...
Dengan ape yg aku ade skrg...cukup makan, pakai, anak2 boleh bersekolah, boleh ke sana ke mari...
boleh diagih sedikit kepada yang memerlukan..
.
Syukur la dengan ape yang diperolehi...dan aku masih mencuba untuk menambahbaik aku punye life..
siapa yg x ingin berada di zon selesa kan...makin besar periuk makin besar kerak..betul x?
rasenye uols pon bermula dari zero to hero jugak kan...
Satu ayat yg aku suka sejak menonton citer  korea 'To the beautiful of you'...
Keajaiban adalah salah satu dari kerja keras...miracle of one part from work hard..
bagaimana dalam berusaha kita mampu mendapat seseuatu yg dinginkan..
bukan kah itu satu miracle...rezeki!
Ape pendapat uols,,,,
From zero to hero....



..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Rabu, 24 Oktober 2012

Sejarah Hari Raya Korban


Ujian yang berat

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"
(Ash-Saffat: 102)

Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak pergi melaksanakan penyembelihan puteranya itu, beliau berkata kepada Siti Hajar, ibu Ismail a.s.: "Tolong kamu pakaikan anak kamu Ismail pakaian yang paling baik dan cantik kerana aku akan pergi berziarah dengannya."

Siti Hajar memakaikan pakaian yang paling cantik kepada Ismail, memberinya minyak rambut, lalu menyisir rambutnya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. pergi bersama Ismail dekat dengan kota Mina. Dia juga membawa tali dan pisau yang tajam. Waktu itulah, iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Menyaksikan perkara itu, Ismail ketakutan dan berlari ke hadapan ayahnya.

Iblis lalu berkata: "Apakah kamu tidak memerhatikan badannya yang gagah, parasnya yang tampan dan perilakunya yang santun?"

Nabi Ibrahim a.s. menjawab: "Ya, tetapi aku telah diperintah oleh Tuhanku untuk menyembelihnya."

Apabila iblis terkutuk itu putus asa kerana tidak dapat menggoda Nabi Ibrahim a.s., dia pun pergi menemui Siti Hajar dan berkata: "Bagaimana boleh kamu hanya duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelih anak kamu?"

Siti Hajar menjawab: "Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak akan sanggup menyembelih anaknya sendiri!"

Iblis berkata: "Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisau. Dia mengira Tuhannya telah menyuruhnya untuk itu."

Siti Hajar mengelak: "Nabi tidak diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika memang Allah s.w.t. telah memerintahkan perkara itu, aku sendiri bersedia untuk menurut perintah itu dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa, malah anakku rela kukorbankan demi Allah s.w.t.!"

Apabila iblis terkutuk berputus asa kerana tidak boleh memujuk Siti Hajar, maka dia pergi menemui Ismail seraya berkata: "Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu."

"Jangan berdusta, hai iblis. Mengapa ayahku hendak menyembelihku?" tanya Ismail.

"Dia mengira bahawa Tuhannya telah menyuruhnya demikian."

"Aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku!" tegas Ismail

Ketika iblis yang terkutuk itu melontarkan kata-kata yang lain, terlebih dahulu Ismail a.s. mengambil batu dan tanah lalu melemparkannya kepada iblis sehingga menyebabkan mata iblis yang kiri pecah dan menjadi buta. Setelah itu, barulah iblis pergi. Peristiwa inilah yang melatarbelakangi perintah Allah s.w.t.yang mewajibkan umat Islam untuk melemparkan batu di tempat itu untuk mengusir syaitan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ismail.

Apabila Nabi Ibrahim a.s. sampai di Mina, beliau berkata kepada Nabi Ismail: "Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkanku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu?"

Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu. Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah s.w.t. itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah s.w.t. atau tidak.

Lalu Ismail menjawab: "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t., ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t."

Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: "Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh)." Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah s.w.t.

Kemudian Ismail berkata: "Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesanan kepada ayah! Hendaklah ayah mengikat tanganku agar aku tidak dapat bergerak-gerak kerana mungkin aku akan menyakiti ayah. Hadapkan wajahku ke tanah agar ayah tidak dapat melihat wajahku dan berasa kasihan kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah agar tidak dilumuri darah meskipun sedikit sehingga mengurangkan pahalaku dan diketahui oleh ibu hingga dia menjadi sedih. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah dan mempercepatkan sembelihannya di atas leherku agar aku tidak merasa terlalu sakit kerana sesungguhnya mati itu sakit sekali.

Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai kenang-kenangan dariku, serta sampaikan salam hormatku kepadanya dan katakan; Bersabarlah engkau menerima perintah Allah s.w.t. dan jangan beritahu kepadanya bahawa ayah telah menyembelih aku dengan mengikat tanganku. Jangan pula ayah memasukkan anak-anak ke rumah ibu, agar kesedihannya tidak terlalu lama. Begitu juga ayah, janganlah kamu melihat anak seusiaku kerana nanti ayah akan menyesal dan bersedih terhadapku."

Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sebaik-baik penolong adalah kamu, wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t."

Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Nabi Ibrahim a.s. sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail seperti membaringkan kambiing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim a.s. menelungkupkan wajah Ismail dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.

Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku di suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisaunya pada leher Ismail a.s., beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali, tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu.

Sesungguhnya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t. telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut. Ketika melihat Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih puteranya Ismail, mereka tersungkur bersujud kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman: "Perhatikan oleh kamu sekalian tentang hamba-Ku ini, bagaimana dia meletakkan pisau di atas leher puteranya untuk mengharapkan keredhaan-Ku, sedangkan kamu dahulu telah menyatakan sesuatu ketika Aku berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah." Kamu berkata: "Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi dan akan menumpahkan darah, sedangkan kami semua maha sucikan Engkau?"

Kemudian Ismail berkata lagi: " Wahai ayahku, lepaskanlah ikatan tali di tangan dan kakiku agar Allah s.w.t. tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah-Nya. Kemudian letakkan pisau itu di leherku agar malaikat-malaikat tahu bahawa putera Ibrahim a.s. telah mentaati perintah Allah s.w.t. dengan ikhtiar (pilihan sendiri dan secara sukarela)."

Lalu, Nabi Ibrahim pun menelentangkan kedua-dua tangan Ismail dan kedua kakinya yang tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun dengan izin Allah s.w.t., ternyata pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.

Melihat kejadian itu, Ismail berkata: "Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana kamu masih menyimpan cinta kamu untukku. Oleh kerana itulah, kamu tidak boleh menyembelih aku."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. memukulkan pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.

Kemudian Ibrahim a.s. berkata: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu itu, tetapi mengapa engkau tidak mampu memotong leher anakku?"

Dengan izin Allah s.w.t., pisau itu dapat berbicara dan menjawab: "Wahai Nabi Allah Ibrahim, kamu memang mengatakan "Potonglah!" kepadaku, sedangkan Tuhan penyeru alam sekalian juga berfirman: "Jangan kamu potong!" Maka bagaimana mungkin aku mentaati kamu, sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini."

"Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."

Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."

Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

pstt: kisah yg agak panjang namun sgt best untuk dibaca..terharu, sedih dan sebak...semoga menjadi penghayatan buat kita semua dalam menyambut Aidiladha yang bakal tiba nanti.....mencari untuk penghayatan diri tapi elok dikongsi bersama kan...sumber

..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Selasa, 23 Oktober 2012

Bila Rajin datang

 Si kakak ni kalo terlebih rajin camni le jadinye...x nyempat2 nak sampai rumah...trus di mintak pen konon nak menulis...nak tunjuk hasil kerja kat sekolah la....selalu time balik sekolah je mintak berenti mana2 kedai..nak membeli la kerja nye..tp ni cam pelik skit bila dia bukak beg kuarkan kertas..time ni aku tgh dirve le..
ni plak bile moodnye ok.. elok je...bila mintak pose skit...melalut le senyum dia...mengada pun ye kan....tetiba dtg idea nak snap pic si kakak nih..mule2 x perasan...then lps perasan ni le gayanye..
..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Rapuh...

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu


Psstt:ape kate uolss...bukan drama Adam dan Hawa tu tapi penghayatan pada lirik lagu? memang sedap n nyaman kan...tangkap syahdu kan...Mohon cinta Mu YA RABB..jom layan....


..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Isnin, 22 Oktober 2012

When i forgot....


Assalamualaikum....selamat siang semua uols.....
cuaca kat sini mendung..hujan dari pagi..so mood pon mendung gak le...ngeee,....
but kerja tetap berjalan walau di ulit sindrom M.....
ari ni aku nak tanye uols laa......selalu x dapat penyakit LUPA?
sindrom yg aku sedang alami sekarang....
n satu soalan lagi...camner nak atasi penyakit LUPA ni..penyakit ke?
aduyai...kalo da lupa, x ingat, terlupa n sewaktu dengannya..abih satu kerja x kene...
uols nak tau problem aku nihh...2..3 ari ni aku tercari buku bank anak2...
puas cari merata satu bilik,. dalam kereta, dlm fail2 penting..x jumpa...
aku ni jenis letak merata kut...x jugak le..
ekceli benda berharga aku biasa suka alih tempat yang aku sorokkan..
1 hal lagi..yg last en somi  ke bank... bank in duit anak2..
then lepas balik cam biase dia kasik aku...BUT...
when i forgot mane aku letak...x tentu hala..
opismate aku cakap jangan cari..
nanti bile kita x cari..InsyaAllah benda tu pasti ade depan mata...
agaknye dulu suke makan makanan yg ade semut kut....
Ari tu ade 1 hal..aku lupa letak beg barang kemas...
hampir 2 bln carik..akhirnya terjumpa..
heeee..aku mmg seorang pelupa la...
bkn itu aje..segala jenis password pon cepat lupa..siap pass org sebelah ni password, id ke...xpe aku percaya kat kat dia....
uols ade tips x?camne nak atasi penyakit lupa nih....
tp yg penting skrg ni ...jumpe kan la dlu buku bank anak2 tuh....
..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Ahad, 21 Oktober 2012

To the beautiful you...

Assalamualaikum...
salam petang uols......banyak masa free ini hari yee...da lama sangat x post entri pasal citer korea....ngee..
kalo le kawan aku di Putrajaya bace story ni mesti tergelak monyet le....uols peminat citer korea x? nak kate terover minat tu xde la...tapi nengok keadaan skrg senang nak dapat bahan...aku melayan le..tp xle macam time berdua ngan en somi dlu...skrg da berempat...nak layan kene betol2 free...sblm ni pon aku layan gak citer len tp cam malas nak  review di sini..
2...3 ari ni aku duk melayan citer ni..To The Beautiful you...my cousin citer versi hanakami..btul ke? nape citer bole dilayan? coz drama dia ringan je...bole masuk kepala...fun n sape2 stress bole layan la...aku pon baru layan 6 epi..nak komen full of the story xleh la....ngeehhhhh..sambil tengok bole gelak2...siapp guling2...tipu la tu,,,hee..so kalo nak layan citer ni kene biar puteri2 aku tido dlu..kalo x mau hancus laptopku dikerjakan si kecik tu...

so ni ade sinopsis citer dia serba sikit la...so pls translate by your own...ngeee...so kalo nak tau bape bintang aku kasik kat drama ni kene kasi can aku layan abih dlu....so chayok2 tok diri sendiri abihkan drama nih...

sinopsis: 
A high school girl will do anything to meet and get close to a boy she idolizes. Jae Hee is in love with Tae Joon, a pole-jumping gold medalist. She discovers that he attends high school at an all-boys’ school, so she cuts her hair and pretends to be a boy to be admitted to the school. But she soon learns that trying to blend in with the boys and keep her true identity a secret are no easy tasks. How long can she keep up the ruse, and will it all be worth the effort in the end?



..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Kenapa Aku??

Assalamualaikum...
pe kabo semua belogers?ade baik ka?rasenye yg kat belah barat, utara n selatan syok melayan hujung minggu kan...cam aku kat sini da start keje la...so banyak songeh la skit nak memula sunday ni...
kadang2 otak mau jamm gak kalo nak pikir nak masuk entri ape tiap2 hari..tp kan bukan ke blog tu like personal web utk somebody senang citer like a small diary la...so kalo da kate small diary lantak le tuan punye badan nak story mory ape kan...tapi kan kalo tulis hape2 yang mengarut..ade orang nak bace ke..setakat blog picisan..tetiba pinjam ayat dari blog bukandua..orang da sudi terjah pon da kira syukur kan,..satu rahmat daa...
Kenapa Aku?
besar soalan Kenapa aku erk...rasenye kalo uols bace semua entriku perkataan untuk ganti diri pertama yang aku guna adalah AKU....
n aku x pernah bgtau uols kenapa i (tetiba guna i) guna perkataan aku tu erk.....maybe pada pengamatan orang lain bahawa perkataan aku tu kasar n keras kan but to me..its different...so kalo ade yg rasa aku tu kasar n keras n menyebabkan uols terasa sampai tahap kronik....sorry to say yer...aku pohon kemaafan le sangat2 dari uols...uols da terjah blog ni pon da satu kesyukuran...
sedkit  free ni tetiba wat rase nak explain kat uols tu kenapa i suka guna perkataan AKU tu sebagai wakil pada diri sendiri...ngehhhh....
rase dalam hidup sebanyak 29 tahun ni..jarang sangat guna perkataan ganti diri like SAYA,HAMBA, PATIK and etc...AKU rase lebih mesra dan dekat...dengan kawan2 terdekat pon, i guna AKU juga..
rase setiap kali bersembang, rase lebih dekat, mesra, dari mata turun ke hati...n segala bagai la...except ngan somebody...yerlah takkan tengah interview nak guna AKU x?mampus aku hilang job....ngee...
Perkataan aku juga maybe melambangkan dialek negeri kut..tapi ramaii  beranggapan terengganurian ni kasar skit kan..tp mmg diakui pon..pergi la mana2 kg or daerah di negeri ini.rata2 bercakap menggunakan perkataan aku ni...betul x orang ganu?
so harapan aku ler...jgn terasa hati le kalo singgah sini...aku tu diguna just untuk mendekatkan kite je...pada yg lebih senior dari aku pon...aku tetap hormat uols..kalo berdialog rase perkataan aku tu xde kecuali yg sebaya n muda dari aku...jgn marah ye.....
thats all...itu je nak story tgh hari ni.....tadaa...tetiba kuar camtu aje erk...


..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Khamis, 18 Oktober 2012

Kerahan Tenaga bermula

Assalamualaikum..musim hujan da menjelma erk..rase dr mlm tadi asyik hujan je...last week da meeting pasal jadual penghantaran barangan banjir di pusat pemindahan....
 Akibat jadual ni da kuar...maka kami perlu kerahkan tenaga untuk bekerja lebih keras..ape x keras nye..semua orang da kene masuk dalam stor n pack ape yg patot...and somebody nak marah2...patut ke? patut time ni semua orang bekerja keras,,x payah pikir gred ke hape kan...
dan ni le yg jadik...bukan takat tenaga extra jer diperlukan...but our vehicle pun jadi mangsa...berkorban ape sahaja walau sometimes orang x pernah hargai...kadang bukan nak berkira walau tenaga n kete yg jadik mangsa tapi at least tolong kesian je kat kami yg bergelar wanita...menghantar bekalan banjir ni....bukan takat hantar tapi angkat barang yang berat2 ni bagai..
so..dari pagi tadi aku da kehulur hilir...masuk stor,pack barang, pi hantar barang...ni just take a break for while sebelom nak pi hantar barang lagi...sorry x sempat jejak umah uols lagi.....


..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Rabu, 17 Oktober 2012

Setia ku Di sini

Assalamualaikum...
hai uols...pe kabar semua...ari ni cam kureng je idea nak berbelog...but...nice to share something kan..
Di mana letaknye kite sebagai kawan apabila sang teman dalam dilema...?
Di mana kita letak hati kita disaat seorang teman dilanda derita..?..
Perlu ke kita tidur lena diulit mimpi saat seorang teman dilanda mimpi ngeri?
Perlu kite bergelak tawa  sedang kan si teman berduka lara,...?
Saat kita menggenggam tangan menyalami si teman apa yang kite rasa?
Sedang saat itu telah tertulis satu ikatan yang Dia tentukan...
Bukankah saat itu hati berikrar untuk menjadi sahabat yg baik.....

sedikit luahan yg luhur dari hati...entah mengapa dua tiga menjak ni telinga
 ditadahkan problem sang teman yang akrab suatu dulu dan kini...
begitu juga dengan teman seperjuanganku yang kini dalam problem rumahtangga...
saat rumahtangga dilanda badai..siapa harus dipersalahkan.. isteri atau suami?
atau suratan takdir yang menentukan..?

Pointnye bukan nk kisahkan hal problem sang teman pon...
aku just nak bgtau pada mereka ape pon yang berlaku ..
aku masih setia disini....dan bersandar lah sang teman
segala bait2 atas aku kaitkan untuk gambarkan kesetianku disisimu...
dan saat tidur mu bermimpi ngeri..aku juga tidak lena mengulit mimpi...
Saatmu dilanda derita aku disini berfikir panjang...
berfikir untuk mencari penyelesaian terbaikmu...
Sang teman..aku menyokong segala keputusan mu...
kerna aku tau saat kamu habis berfikir dan Allah menyuluhimu...
itu pilihan yang ada ditanganmu....


..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Selasa, 16 Oktober 2012

apa makna CARAS ??

Assalamualaikum..
hai uols...cemua sehat ke?Alhamdulilah jam 12 td da settle muet..tp baru 1 bhgn..Speaking..
lintang pukang sepaking aku...ngeh..ngeh...
kat sini asal petang ari mesti hujan...asal hujan mesti petang...
sat2 g kene off pc lap sebelum black out...
nak tanye uols la...di opis a.k.a tempat kerja uols...
ape plg wat uols stress?kerja yg banyak stress gak kan...

2..3 ari lepas kami ade meeting...bos de mention psl Program Kami Prihatin yg bakal kite proceed next week..so bese la bila meeting mesti akan AJK yang akan dilantik kan...so bile dalam pemilihan AJK..aku da terpilih sbg AJK cenderahati n hadiah...so org da pilih aku agree je la kan...
bile the boss ask nak kasik ape kat peserta program ..so kite suggest la nak kasi pen n buku nota kecik..
the boss suh aku check harga n barang2 tu  and wat plan le..so aku ingat after muet nak pi setel la kan...
finally, aku di CARAS...sengaja aku besarkan perkataan...uols tau x ape makna CARAS tu..kalo aku silap uols betulkan erk...

sepatutnya urusan memilih,book n everything about sourvenirs tu patot aku yg HANDLE kan?betul x? then semalam seorang makhluk Allah (ayat sopan ni) telah maklum kat aku yg dia da tempah all the thing tok program tu n the boss also agree with her..can uols imagine my feeling on that time?
ari tu mase pemilihan AJK..dia beria tolak xmau involved kunun nak cuti..then she can said to me everything da setel....da la dia pi kedai aku n minah ni selalu berurusan....aku tanye uols ade x rase CARAS tu berlaku? nape kalo betul dia nak wat..dia pi kedai lain..siap pi kedai tu..order n mintak tuan kedai tu jgn bgtau cheqna..uols x rase pelik ke? ke dia ingat selama ni bile aku pi book barang..aku amik komisyen utk poket aku...?Sorry erk.

lps abih muet je tadi...aku terus SMS penyelaras program...kebetulan dia kursus kat luar..aku sms..AKU TARIK DIRI....sehingga ari ni aku masih ralat n kecewa..aku xtau sape yg suruh dia pi handle or order the things.tp aku rase dia mmg nak CARAS aku....at least kalo da gatal sangat nak take over my job, bgtau le sepatah nak pi order ke..x pon nak pi kedai yg sama mintak pendapat or.....
tapi minah ni awal2 tadi da kol tuan tanah kedaung tuan kedai n dapat all the info...at the same time,, as a lesson...beringat le sebelum terkena lagi..len kali kalo ade meeting tok pemilihan AJK ape2 program..x payah agree bile dilantik jadi ajk..just refuse je..bukan nak berkira tapi.. maybe orang x percaya kita boleh wat kerja..lantik orang mereka percaya je la...kalo awak tu terlampau baik ngan orang atas pon..x payah le nak CARAS orang sesedap rase je..kalo org CARAS awak camtu..ape awak rase?

kalo aku le..bile ditanye ape yg selalu aku stress bile kerja?
aku selalu cakap...kerja x pernah wat aku stress...
kerja mmg aku perlu hadap n habiskan walau camner pon..TAPI
Kalo orang disekeliling aku ..my enviromental was bad..
Stress akan datang pade aku...and my respect to her was gone..she was never...
sorry uolss sampai da kene amik tau pasal stress aku ari ni...but sharing is caring ..right?
..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Isnin, 15 Oktober 2012

MUET

Assalamualaikum...
ape khabar semua....nampaknye can nk jenjalan pg td je..
tp mne yg sempat ptg i singgah k..
esok aku ade ujian penting...nak tau ape ke benda ..ni ha
Malaysian University English Test....
aku x pernah amik lagi MUET ni...
so memandangkan tgh amik degree skrg..terpaksa hadap benda ni...wajib
uols semua...pls doakan aku ye...doakan aku lps bhgn 1 dlu...
n skrg duk sibuk usha kut ade soalan bocor...
ngeee..x ke sengal carik soklan bocor..ampun pak...
i just make a preparation...ceh terus speaking tuh..
doakan yg terbaik utkku yee....
citer psl MUET...aku jgk da melangkah masuk ke 3rd year...oh USM
dalam 2 bulan di 2rd year ni...fresh lagi le kan..
sekali lagi ku pohon doa restu kalian...supaya dpat habiskan 3rd year ngan gemilang...
stop...aku nk fokus my Muet dulu la....tadaaa..


..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Ahad, 14 Oktober 2012

Penyejuk tekak...

Assalamualaikum...
dari khamis sampai ini hari.. keje agak banyak...
so untuk hapdet blog yg x gah ni x cukup ruang..
nak pikir msuk entri ape pon x sempat..
tapi tadi sblm aku kuar utk urusan kerja diluar..
aku sempat snap pic ni haaaa...
macam pernah aku cakap dlu...blkg opis mmg banyak pokok tebu yg kiteorunk pakat tanam dlu..
then ini le hasilnye...dek kerajinan en wahab a.k.a pemandu kat opis, kak kiah n praktikum student rehan..
maka dapat le kami nikmati hasilnye...oh yeah..kalo terus mesin pon boleh kan...
tapi kalo diracik n dibuang ruasnya, kulitnya lagi nikmat minum air tebunya...
kebersihan pon dijamin bagus yaa..cam promoter lak..

minum ni tengah hari di panas terik...letak ais...pergh..mmg sedap x hengat..
uols sila jeles ye...cewah...

p/s:ni je yg sempat aku masukkan ari ni...dan nak jenjalan umah uols pon blom sempat...esok pagi ade free la...n jenjalan umah uols pagi esok erk...tadaaa...


..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Rabu, 10 Oktober 2012

Japan Sweet Potato

Salam Petang ari...
kat sini baru lps hujan...lebat lak tu..
bumi kat sini masih basah n sejuk...ngee
time2 camni dapat ubi ni kan best...
uols pernah makan ubi jepun x?
aku pon baru minggu lepas kenal ubi jepun...
tu pon opismate perkenalkan...kebetulan lalu area pasar payang last week..
ada van yg tertulis Din Roasted yang jual ni...
selama ni mmg familiar stall van kat situ n aku tertanya gak jual ape..
rupenye Japan sweet potato.
Rase,..sedap..macam buah berangan goreng..
n jgn terkejut la kalo amik 4 bijik RM12..
pasal ubi yg da siap bakar tu akan ditimbang ikot pilihan kita...
Sabtu lps aku de beli 3 bijik hage dia RM17...
terkejut mak den wei....tapi serius sodap...
kalo beli tu dapat yg panas2..x hengat dunia makan tau,...
kat tempat uols mesti da femes kan...























ni kes bakal mama kat sebelah aku aka Wani yg beli..tu yg aku snap pic..
satu bijik dapat mmg kenyang ooiii...
tp tgh2 makan ni bole bayangkan berada di Korea la...ngeee....
kan dlm citer2 korea..diaorg mkn time salji..sejuk,,.makan sampai kuar asap...
ceh..kuatnye berangan...


..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Sejauh mana cinta?

Rasulullah S.A.W pernah berpesan;

"Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai." [Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah]

Assalamualaikum..monink uols...
awal pagi da bagi ayat baikkk punye..kebetulan terbaca dari sebuah novel semalam..tapi sejauh mana kebenaran daripada ayat di atas..
Kita maybe tidak melalui ape-ape peristiwa yang menyakitkan hati namun bagi yang melaluinya maybe merasai kesan yg amat mendalam...
Kita hari ini mungkin aman dengan kebahagian yang menggunung dalam hidup tapi insan yang menderita akibat kepercayaan yg tinggi pada pasangan..ape nasibnya?
Kita mungkin membenci seseorang dengan sangat dalam saat ini tapi apakah mungkin ada sinar untuk menyayangi seseorang dengan sekelip mata....siapa tahu?

kalo dulu aku suka beno ngan ayat2 atas tu..sampai skrg pon...tp bila kite percaya pada ayat tu bermakna kepercayaan pada pasangan kite sedikit kurang kan?so apakah cara ku itu akan membuatkan aku berdosa kerana tidak mempercayai pasangan...bukan!aku sebenarnya tidak meletakkan kepercayaan itu 100% pon..maybe ade org x bersetuju ngan pendapat aku tp..terserah pada anda..begitu juga dengan pengabdiaan diri kepada pasangan masing2..aku juga tidak meletakkannya 100%..sekali lagi anda pasti marah aku kan...sekali lagi terserah pada pendapat masing-masing...tapi tanggungjawab seo isteri tetap 100% kan.. contoh dan pengalaman seseorang banyak berlaku di keliling kita..amik la sebagai ikhtibar dan berhati- hati lah..point sebenarnya..ayat di atas memberi satu peringatan la pada kita...andai sesuatu terjadi dalam kehidupan kita siapa tahu kan...masa akan datang...?

sorry...bukan nak menggugat kalian pagi ni tapi ayat2 di atas memberikan satu petunjuk dan memberi satu penilaian...PERINGATAN itu mungkin...kalau qada' dan qadar telah tertulis...



..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Selasa, 9 Oktober 2012

Miss u baby

Assalamualaikum...uols...
tetiba teringat kat si kecik ni....
cerita demam Awina...masih kurang sihat..
tp ptg smlm mase blk keje..dia msh merengek..
duk ngan tokma (pengasuh) dia je...
tapi puas la hati tok ma jage dia...spjg Wina x sehat..
dia sentiasa ngan Wina..bagi ubat n suap makan..
...dukung n buaikan...langsung x lari jauh ngan Wina
malam td..Wina da nampak perubahan positif..
da bangun n jalan terhuyung hayang...sesekali jatuh..tenaga kurang..
mulut da mintak ...nak..nak...nak ape xtau..
da start senyum n berceloteh skit2...minta papa dukung dia...
dalam demam ni. pandai sebut perkataan baru..angan...a.k.a jangan...
tu psl akak dia selalu dtg dekat n kacau dia....
batuk masih kuat n selsema pon still ade...panas ade lagi..
mlm tadi Wina krg tido n menangis coz batuk teruk..
smlm bagi eskrim pon dua kali hisap then buang...
ngeeee...
rindu nye nak tgk Wina jalan2 n berceloteh lagi..
rindu nak tengok dia minta itu ini....
harap2 balik petang ni...byk perubahan lagi kat dia...
plss Wina..cepat sembuh ye sayang....
Miss u baby...























gambar ni beberapa ari sebelum Wina demam..cam x caya abih satu cup eskrim nih...
comot sampai hidung budak kecik ni makan....
..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Isnin, 8 Oktober 2012

Rambutan

Assalamualaikum,,..
Sekarang kat kampung aku da masuk musim buah ni..
mmg segala jenis rambutan..mak, tuk, nenek rambutan da kuar...
nampak kat pokok tu...semua rambutan tengah meranum masak..
aku memang malas nak ke kebun ni le..selalu makan yg orang bawak balik jee..
tapi duk pikir nak kasi kawan skit2...terpaksa turun padang...
so da sampai sini kene wat ape yg patut la..
ni le hasil aku..mak..Kakak n anak buah di kebun ari tu..
so ni le rezeki utk Nisa, Iwan, Linda, Wani...Cikna?n opis skit...
ari yg aku bawak tu dia cuti....ampun ye bu,,,
nnti kite kasik lain kat awak...
..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Ahad, 7 Oktober 2012

Ujian lagi tapi Kuatlah hati

Assalamualaikum..
1st day keje di pantai timur...Ahad yang melemaskan...mood suam kuku la kan..
mata rase nak pejam je..kurang tido kerana berjaga malam tadi...meh nak citer..
rasenye da lama sangat puteri kedua ku x demam..
last dia demam awal Mei itu hari..sejak bertukar susu ari tu..
dia sentiasa sihat dan membesar bagaikan juara..(sedap kan hati yg gundah)
beberapa ari lepas Awina demam...di saat..
mulut nye menceceh menutur kata...'mama, air, nak, tak nak.xmboh'...
berjalan siap mau lari...x duduk diam langsung
tangan sentiasa pegang makanan...senang ati...
Ari rabu dia start demam..tapi kejap sejuk..kejap panas.
tp semalam demam dia sgt ketara..
semua terkejut tengok Awina terlantar..
dia biar je orang tuam badan dia ngan air asam jawa..
ubat masuk buntut pon dia diam je..
cume time kasik ubat batuk ngan antibiotik dia nangis..
selebihnya terbaring lesu...huuu..hati ibu mana x keruan oi....
mlm td xleh tido psl batuk n selsema..
so aku le urut dada,leher, belakang, kaki dia ngan vicks tu...
sampai dia tertido..aku tertido sama...
air masak dalam cawan yg aku letak kat meja abis Awina minum..
serius aku x sedar time mane Wina bangun n minum..
susu 1 titik pon dia x minum sejak semalam sampai pg tadi...
nape le tiap kali Awina demam, papa dia xde kat sisi....
kalo x leh kami same2 share kekuatan dalam menjaga dia..
aku kene kuat jugak untuk anak2..sedih nih...
ujian datang lagi tanda Allah sayangi aku...kuatlah hati ku..
cepatla sembuh dik..mama nk tengok awak lari2 lagi...
nak tengok awak menceceh mulut lagi....
agaknya si Awina ni xleh kene tegur kut...da bape ari dari saya, mak, pengasuh dan orang berdekatan duk bercakap..lama sungguh si Awina x demam...kuat makan n sgt aktif..agaknye lps tegur terus demam...
harap sangat dia bole minum susu kembali ari ni..at least ade tenaga skit..
..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Khamis, 4 Oktober 2012

Tahukah Anda?

suspen je petang2 camni...apakah nama daun ini?
mcm belajar ilmu alam plak..sblm ini just dengar orang bercerita aje..
ari ni lihat sendiri daun dan pokoknya depan mata kepala..
Daun Bismillah...kalau nama saintifik aku xtau la..
dikatakan daun ni mempunyai khasiatnye sendiri..
antaranya kencing manis dan darah tinggi..
selain tu dapat mengurangkan sakit belakang dan mengawal selera makan..
untuk kecantikan dalaman wanita pon bole..
klien yang cakap..aku xtau betul ke x...
rase..mmg pahitla..tengok daun pon tau..kehijauan
tapi klien aku cakap makan camtu je..amik 5..6 helai n kunyah..
kalo xleh kunyah..boleh masuk dalam air panas n minum...
dalam sebulan boleh makan dalam 10 kali..
kate klien ku lagi..xleh makan berlebihan..
boleh menyebabkan kering darah...ade betul ke?
uols tau psl khasiat daun ni..jom share..
klien da potong beberapa batang n kasik pade ku
suh tanam belakang rumahku...
tadi..kawan aku si aji lan siap kunyah camtu je..
tapi memek muka da tau daun tu mmg pahit..
Si Linda pon amik nak kasi Mak mertua dia...darah tinggi..
ni nama sains nye..baru jumpa kat pak gugel,...vemonia amygdalina...
uols pernah makan ke?
ade gaya orang jual ubat x?ngeeeee
..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

HaPpY....HapPy...HapPy...

Assalamualaikum...monink uolss..
pepagi ari da ade sign baik punye...
just nk share ke'happy'an ....ati aku.fail BM..sgt2 la..
byk citer best la smlm...best pade aku la...
pd org len aku xtau...nak tau ape yg wat aku happy sgt?

- kalo uols perasan kat wall aku da ade iklan nuffnang tu,...yea..
walau aku satu habuk pon xtau psl en nuff ni..
but bila minah ni duk citer psl nuff kat entri dia smlm...
tetiba di ajar aku..bkn takat jadik mentor aje..
bahkan siapkan reg en nuff utk aku...tima kasih cik dah yg baik ati...i luv u..
then dia explain skit2 aku ade  psl en nuff ni...happy tau
ala blog yg suam2 kuku..kwn pn x byk..agak2 en nuff ade admire ke nnt..hihi..
da mule syok sendiri sndiri nih..ngee

-smlm juga ms bace entri KA psl bloglist & kejutan...
tetiba di masyuk dlm senarai nye....happy lagi aku
TQ KA..luv u..kite ni blog suam2 kuku...
blog pon hidup segan x mati2...ngee.
masih dipilih...(mood sedih lak) terharu tau,...

-smlm juga kami dikunjungi Ketua Pengarah JKM Malaysia...
pergh ni mmg satu kezutan le...pd awalnye kami dibgtau KSU nk trun tp x jadi
bayangkan hampir 5 tahun berkhidmat di gomen ni
x pernah ade ketua pengarah turun ke daerah kecik kami ni...
walau da bertukar beberapa orang KP...
Thanks to Cik Norani Hj MOhd Hashim yg sudi bertandang ke teratak burok kami...
atas kata2 semangat...dan segala2 nye smlm
mcm dia bace blog aku..ngeee...

Semalam ...life aku byk citer best la...Syukur Alhamdulilah...
tu yg tajuk entri  pon happy..happy..happy
kunun terlebih xtau nak gambarkan aku nye kegembiraan smlm..
harap happy n happy ni berterusan ari ni, esok lusa...
Happy lagi ..thanks tok uols semua...
kali ni x ulang da psl blog suam2 kuku ni...ade yg marah lak..
sudi bertandang dan meninggal kan jejak...menjadi teman maya..
ke blog yg x gah nih...
InsyaAllah semoga ukhwah kite akan berkekalan...Chayok2...
gamsahamnida  감사합니다...syukran 



..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Rabu, 3 Oktober 2012

Rabu oh Rabu

Rabu tanpa kata...ngee...kekeringan idea n penyakit M yang datang menghilang mood pagi2...so bermalasan le aku...kalo rajin ade le entri petang karang..kalo xde makne nye...uols pepaham sendiri le..jom terjah umah uols...
..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..

Isnin, 1 Oktober 2012

The Road Not Taken

Two roads diverged in yellow wood
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth:

Then took the other, as just as fair
And Having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day
yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence
Two roads diverged in a wood and I
I took the one less traveled by
And that has made all the difference

P/s : da bape lama nak share asik lupe aje...from Robert Frost...walau pon still in learning to understand that poem.....rase dapat share ngan uols pon happy gak kan..aku jumpa dalam buku Rich Dad Poor Dad...pilihan di tangan masing2 kan..ceh mendalam je maksud ku...ntah ade kene mengena ke tidak..so uols..layan je...  kalo ade yg menarik jgn lupe share erk....gamsahamnida  감사합니다.
..Time Kasih Tok Korunks kerana sudi layanz celoteh Rieda_ffya..